Pages

Monday, September 6, 2010

Penat.. Musykil..

Letih sungguh weekend ku kali ni.. Sangka ku dapatlah berehat seketika apabila pulang kerumah.. Rupenye semakin penat.. Huhuhu.. Terpaksa bertungkus lumus membantu emak ku mengemas rumah yang telah sekian lama kami tinggalkan.. Habuk Nauzubillah.. Xpayah cakaplahkan.. Boleh buat bedak muka dah aku rasakan.. Hehehehe..

Dalam kepenatan tu sempat juga aku meluangkan sedikit masa buat meluahkan sedikit rase hati ku ini.. Hurm aku musykil dgn satu perkara ni.. Perkara yang membuatkan aku masih tertanye2.. Kenapa dia seperti tidak menyukai ku.. Tidak menyenangi kehadiranku di dalam kehidupan kekasihku.. Apakah sebenarnya yang berlaku.. Adakah apa yang berlaku diantara aku dan kekasihku dulu ada berkait rapat dengan dia.. Hurm.. Sungguh sukar untuk dimengerti.. Walau pun dia melayanku dengan baik tetapi masih aku rasakan ketidak senangan hatinya mengenai hubungan aku dan kekasihku.. Hipokritkah dia??? Maaflah jika aku tersalah anggapan padamu tetapi itu yang aku rasakan sedari dulu.. Lagi2 apabila aku teringat kata2 kekasihku yang tidak akan membiarkan sesape pun mengganggu hubungan kami lagi.. Hurm... Seperti memberi makna yang ada orang ketiga yang tidak menyenangi hubungan cinta kami.. Biar pun mereka sudah lama mengenali tetapi aku mengenali kekasihku luar dan dalam.. Tidak seperti kamu.. Huh..

Kepada kamu.. Aku ikhlas untuk mengenali mu tanpa sebarang perasaan or niat yang lain.. Aku menghormati mu sebagai orang yang dekat dengan kekasihku dan sebagai orang yang lebih tua dariku.. Mungkin penilaian kita dalam perkenalan ini berbeza.. Terpulanglah.. Aku punya hak untuk berfikiran begini.. Begitu juga kamu.. Xperlulah kamu menukar nick mu semata2 untuk mengelirukan ku.. Jangan jadi manusia yang cakap xserupa bikin.. Sekejap cakap dah delete tapi sebenarnya tidak.. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang tersirat dihati kamu..

Saturday, September 4, 2010

30 Perkara Perempuan x Sempat Beritahu Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wednesday, September 1, 2010

Syawal Yang Bakal Menjelma..

Sembilan hari lagi syawal bakal menjelma.. Semua orang sedang bergembira membuat persiapan menyambut aidilfitri.. Tetapi aku tidak.. Huh.. Tiada suatu persiapan pun yang aku lakukan.. Tiada apa langsung yang aku beli buat raya ini.. Mungkin di atas kesedaran mengenai ekonomi ku yang goyang.. Tidak mengapalah.. Baju2 raya ku tahun sudah masih elok dan ada yang baru sekali dua aku gayakan.. Melihat orang lain membuat persiapan raya juga sudah menggembirakan hatiku.. Si dia yang jauh juga mengurangkan rasa aku untuk bershopping.. Terkenangkan saat si dia ada disini, kami sering ke shopping bersama2.. Huh.. Dapat merayakan aidilfitri ini dengan adanya dia pun sudah memadai bagiku.. Hanya itu sahaja yang aku inginkan sebenarnya.. Biar tidak berpakaian atau berkelengkapan baru tidak mengapa.. Baju2 yang aku beli bulan sudah yang masih belum pernah aku gayakan juga boleh dianggap pakaian rayaku.. Cuma bukan baju kurunglah.. He3.. Semoga syawal yang bakal menjelma ini menambahkan kebahgiaan buatku.. AMIN..