Pages

Monday, September 6, 2010

Penat.. Musykil..

Letih sungguh weekend ku kali ni.. Sangka ku dapatlah berehat seketika apabila pulang kerumah.. Rupenye semakin penat.. Huhuhu.. Terpaksa bertungkus lumus membantu emak ku mengemas rumah yang telah sekian lama kami tinggalkan.. Habuk Nauzubillah.. Xpayah cakaplahkan.. Boleh buat bedak muka dah aku rasakan.. Hehehehe..

Dalam kepenatan tu sempat juga aku meluangkan sedikit masa buat meluahkan sedikit rase hati ku ini.. Hurm aku musykil dgn satu perkara ni.. Perkara yang membuatkan aku masih tertanye2.. Kenapa dia seperti tidak menyukai ku.. Tidak menyenangi kehadiranku di dalam kehidupan kekasihku.. Apakah sebenarnya yang berlaku.. Adakah apa yang berlaku diantara aku dan kekasihku dulu ada berkait rapat dengan dia.. Hurm.. Sungguh sukar untuk dimengerti.. Walau pun dia melayanku dengan baik tetapi masih aku rasakan ketidak senangan hatinya mengenai hubungan aku dan kekasihku.. Hipokritkah dia??? Maaflah jika aku tersalah anggapan padamu tetapi itu yang aku rasakan sedari dulu.. Lagi2 apabila aku teringat kata2 kekasihku yang tidak akan membiarkan sesape pun mengganggu hubungan kami lagi.. Hurm... Seperti memberi makna yang ada orang ketiga yang tidak menyenangi hubungan cinta kami.. Biar pun mereka sudah lama mengenali tetapi aku mengenali kekasihku luar dan dalam.. Tidak seperti kamu.. Huh..

Kepada kamu.. Aku ikhlas untuk mengenali mu tanpa sebarang perasaan or niat yang lain.. Aku menghormati mu sebagai orang yang dekat dengan kekasihku dan sebagai orang yang lebih tua dariku.. Mungkin penilaian kita dalam perkenalan ini berbeza.. Terpulanglah.. Aku punya hak untuk berfikiran begini.. Begitu juga kamu.. Xperlulah kamu menukar nick mu semata2 untuk mengelirukan ku.. Jangan jadi manusia yang cakap xserupa bikin.. Sekejap cakap dah delete tapi sebenarnya tidak.. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang tersirat dihati kamu..

Saturday, September 4, 2010

30 Perkara Perempuan x Sempat Beritahu Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wednesday, September 1, 2010

Syawal Yang Bakal Menjelma..

Sembilan hari lagi syawal bakal menjelma.. Semua orang sedang bergembira membuat persiapan menyambut aidilfitri.. Tetapi aku tidak.. Huh.. Tiada suatu persiapan pun yang aku lakukan.. Tiada apa langsung yang aku beli buat raya ini.. Mungkin di atas kesedaran mengenai ekonomi ku yang goyang.. Tidak mengapalah.. Baju2 raya ku tahun sudah masih elok dan ada yang baru sekali dua aku gayakan.. Melihat orang lain membuat persiapan raya juga sudah menggembirakan hatiku.. Si dia yang jauh juga mengurangkan rasa aku untuk bershopping.. Terkenangkan saat si dia ada disini, kami sering ke shopping bersama2.. Huh.. Dapat merayakan aidilfitri ini dengan adanya dia pun sudah memadai bagiku.. Hanya itu sahaja yang aku inginkan sebenarnya.. Biar tidak berpakaian atau berkelengkapan baru tidak mengapa.. Baju2 yang aku beli bulan sudah yang masih belum pernah aku gayakan juga boleh dianggap pakaian rayaku.. Cuma bukan baju kurunglah.. He3.. Semoga syawal yang bakal menjelma ini menambahkan kebahgiaan buatku.. AMIN..

Tuesday, August 31, 2010

Mungkinkah Kebahgiaan Itu Akan Kekal Menjadi Milikku Semula..

Hanya tuhan yang mengetahui betapa gembira hatiku tatkala ini.. Kebahgiaan yang aku rindukan itu datang menghampiriku semula.. Mengisi segenap ruang taman hatiku.. Ya Allah.. Aku bersyukur dengan segala yang telah kau aturkan buat hidupku ini.. Terima kasih kerana kau telah memulangkan dia kembali buatku.. Aku berharap semua ini akan kekal buat selama2nya.. Aku tak sanggup untuk kehilangan insan yang aku sayangi untuk kesekian kalinya.. Sakit yang aku rasakan kian sembuh.. Luka yang berdarah telah kembali kering.. Alhamdulillah.. Mungkin jodoh kami masih kuat..

Thursday, August 26, 2010

Dugaan Buatku..

Setelah seharian menahan kesakitan diperut, ditambah dengan rasa nak muntah dan sakit kepala yang teramat.. Hari ni aku disahkan gastrik oleh doktor.. Inilah akibatnya dari sikap ku yang tidak mengisahkan jadual makan.. Nak menyesal pun dah xberguna.. Nasi telah menjadi bubur.. Akhirnya masin juga mulut mak aku.. Aku terasa nak menelefon mak ku mengkhabarkan perkhabaran itu tetapi apabila teringatkan kata2 mak ku yang berbunyi "Makanlah adik.. Dah kene gastrik nanti baru tahu camne sakit".. Aku terus membatalkan niat itu.. Aku hanya memberitahu pada ayahku saja.. Hu3.. Aduhai banyak pula pantang larangnya.. banyaklah makanan kegemaranku yang terpaksa aku kurangkan.. Kata doktor, aku xbole makan makanan pedas lagi2 black paper, berminyak, masam lagi2 kuah laksa.. Berbuka puasa pule xbole makan banyak.. Semua nak di control.. Padanlah dengan muka aku yang degil ni.. Huh..

Sunday, August 22, 2010

Dimanakan kebahgiaan itu???

Mengapa aku terasa sunyi.. Aku masih tidak merasakan kebahgiaan yg pernah aku miliki dulu.. Biar pun aku dikelilingi oleh mereka2 yang menyayangiku, memberi semangat padaku, dan yg cuba utk memenangi hatiku.. Dimana harus aku cari kebahgiaan itu.. Atau aku yg membutakan mata tidak melihat kebahgiaan yg mereka cuba berikan padaku.. Sampai kapan aku harus begini.. Mengharapkan sesuatu yg belum pasti akan menjadi milik ku semula.. Mengapa terlalu sukar utk aku membukakan ruang hatiku ini buat insan lain.. Mengapa aku harus menjadi manusia hipokrit.. Maafkan aku.. Aku xtahu bagaimana harus aku luahkan pada kamu semua.. Terima kasih kerana terus bersabar dengan sikap ku yg tidak menentu.. Aku hargai semua pengorbanan kalian..

Friday, August 20, 2010

Keletihan.. Kepenatan..

Lama juga aku tidak berkesempatan utk mencoretkan kisahku disini.. Terasa rindu pula utk bercerita.. Hurm ape yg hendak ku ceritakan.. Rasanye tiade ape yg menarik selain duka nestapa.. Huh.. Saban hari, semakin banyak masalah yg melanda diriku ini.. Sampai kapankah semua ini bisa berakhir.. Aku keletihan dgn semua ini.. Namun aku redha dgn dugaan yg Allah S.W.T berikan padaku.. Semoga aku akan menjadi manusia yg paling tabah suatu hari nanti.. InsyaAllah..

Hari ini hari ke-10 aku berpuasa.. Alhamdulillah puasa aku masih penuh lagi.. Belum nampak anak bulan katakan.. ha3.. Hurm mood utk beraya masih belum dapat aku rasakan.. Xtaolah nape.. Tapi yg pasti, persiapan raya tahun ni xseexcited tahun lepas.. Nape ek?? Hurm.. Musykil2..

Kalau nak dieceritakan soal hati pula.. Hurm.. Aku kesunyian.. Yup.. Aku kesepian.. Tanpa dia yg bernama Mohd Saiful Izham.. Mengapa masih utuh lagi namanye terpahat dihati dan ingatanku.. Mengapa sukar utk aku membuangnya biar pun buat seketika waktu.. Mungkin kerana lately ni kami sering berhubung.. Aduhhhh.. Mengapa kau terlalu ego.. Tidak sedarkah kau yg kau sedang menyiksa perasaanku.. Kau mengatakan rindu tetapi utk apa kau pergi dariku.. Kau semakin sukar utk dimengerti.. Apa yg kau cari sebenarnya wahai En. Izham.. Katakanlah.. Agar bisa ku mengerti.. Janganlah kau terus menyiksa perasaan ku begini.. Tolonglah...

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Bulan Kemuliaan..

Ari ni ari pertama di dalam bulan Ramadhan.. Bulan yang penuh dengan kemuliaan.. Semua umat islam memulakan ibadah puasanya ari ini.. Menahan diri daripada makan dan minum mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Taala.. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan yang sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.. Bersama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadah di dalam bulan ini.. Terlalu besar ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan.. Semoga amalan-amalan kita akan diterima olehNya.. AMIN..

Hurm harapan ku untuk menyambut Ramadhan tahun ini bersamanya telah pun musnah.. Dia yang bergelar kekasih hati telah pergi dari hidupku ini.. Aku kesepian, kesunyian tanpa dirinya.. Namun aku sedar, Allah S.W.T sentiasa bersamaku.. Semoga Ramadhan ini akan memberi aku satu lembaran kisah yang baru.. Semoga aku akan lebih tabah dan kuat disisiNya.. PadaNya yang satu seharusnya aku meletakkan sepenuh rasa cintaku.. Iya.. Hanya padamu Ya Allah..

Tuesday, August 10, 2010

Kecelaruan Identitikah Dia???

Aku musykil... Musykil dengan dia.. Apakah sebenarnya yang dia inginkan.. Huh.. Ari tue beriye cakap dah xde rasa sayang.. Tiba2 semalam beriye cakap rindu plak.. Huh.. Kecelaruan identitikah anda.. Atau pun disebabkan kesunyian ketika berseorangan.. Pening2.. Janganlah menyiksa perasaan ku ini.. Jika sayang katalah sayang.. Jika tidak hentikanlah semua itu..

Monday, August 9, 2010

Ampunkan Aku Ya Allah...

Ampunkan aku Ya Allah.. Aku berdosa padamu Ya Allah.. Aku menyesal.. Ampunkan aku.. Aku xsepatutnya berbuat begitu.. Aku lupa janjiku padamu.. Ampunkan dosaku Ya Allah.. Berikanlah aku ketenangan.. Aku dihimpit rasa bersalah yang teramat.. Terimalah taubatku..

Sunday, August 8, 2010

................Ketulusan Hati...............

..Sedihku..Sakitku..Ku terima..
..Ku rela..Ku pasrah jalanku..
..Ini suratan aku dicuba..
..Demi rahmat Mu ku memohon..

..Ya Allah..Redhai ketulusan hati..
..Ya Allah..Beri aku ketabahan..
..Ya Allah..Aku sanggup berkorban..
..Demi rahmat Mu Ya Allah..

..Didunia yang sarat godaan..
..Ku mohon dosaku ampunkan..
..Ingin bahagia dunia akhirat..
..Turunkan rahmat Mu untukku..


........Kau Merubah Segalanya........

..Kau yang merubah segalanya..
..Kau sebenarnya yang mencuri hati..
..Aku yang masih meratapi kehancuran..
..Cinta lalu yang tak kesampaian..

..Apakah aku yang terburu-buru..
..Cuba melupakan peristiwa lalu..
..Atau mungkinkah ku terpesona pada..
..Kejujuran yang engkau berikan..

..Tercipta suatu ikatan..
..Yang kita bina..
..Dari kehancuran masa silam..
..Oh tuhan kau restukanlah..
..Cinta indah bagai pelangi..
..Kekal abadi..

..Masih jauh sayang..
..Perjalanan kita..
..Pasti ada yang beronak duri..
..Namun tiada yang merubah rasa..
..Kerna ku tahu kau saja di hati..


Friday, August 6, 2010

Al-Quran.. Kitab suci..

Arie ni ari pertama aku menghadiri kelas pengajian al-quran.. Ya Allah banyak gak kesalahan bacaan ku selama ini.. Terasa diri ini terlalu kecil jika nak dibandingkan rakan2 ku yang lain.. Aku terpesona mendengar alunan suara mereka ketika mengaji.. Aku juga ingin begitu.. Apa yang perlu sekarang ini, aku dalami ilmu yang diajar Ustazah Sharifah itu.. Semua orang boleh membaca al-quran tetapi betulkah bacaan mereka itu??? Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui.. Tidak rugi kita belajar mengaji walaupun usia semakin meningkat dewasa.. Semakin dewasa semakin lupalah kita kepada asal usul kita.. Bulan Ramadhan juga semakin menghampiri kita.. Bulan yang penuh dengan kemuliaan.. Bulan yang seharusnya kita penuhi dengan pelbagai amalan2.. Bacalah al-quran kerana terlalu banyak kelebihannya..

Thursday, August 5, 2010

Hati.. Mampukah aku membukanya semula..

Selepas 6 bulan lebih aku menutup seluruh hati dan mataku untuk insan bergelar lelaki selain dia.. Kini mampukah aku membukanya kembali bagi mengisi ruang hati yang kekosongan.. Mampukah aku memberi kasih sayang dan cintaku ini sebagaimana aku memberikan kepadanya.. Mampukah aku memberi peluang untuk insan lain menyayangiku sebagaimana dia.. Mampukah aku memadamkan segala kenangan kami dikotak fikiran ini.. Mampukah aku membuang segala bayangan dia dari hari2ku ini.. Aku hanya insan biasa yang mendambakan belaian kasih sayang dari insan yang bergelar kekasih.. Yang ingin menyayangi dan di sayangi.. Yang ingin merasakan apa itu kebahgiaan yang sebenar.. Semoga suatu hari nanti aku bisa membuka segenap ruang dihatiku ini untuk hati lain bertakhta.. InsyaAllah..

Wednesday, August 4, 2010

Sahabatku..


~ms. eQa..ms. LyD!a..ms. e!ka~
..Rindunye aku pada mereka..
..Sahabatku sedari sekolah lagi..
..Yang dahulunya sering menjadi tempat aku meluahkan perasaan ku..
..Kini jarang bertemu dik kesibukan masing-masing..
..Ketahuilah sahabatku, aku merindui zaman persekolahan kita dahulu..
..Miss u all so much..

Tuesday, August 3, 2010

Mampukah Aku????

Kesedihan dan kesunyian yang menyelubungi hidupku harus ku tinggalkan jauh.. Harus ku buang jauh dari dasar hatiku ini tetapi mampukah aku.. Bisakah aku menjalani kehidupan yang mendatang ini.. Kehidupan yang penuh dengan cabaran2 serta rintangan2.. Mahu atau pun tidak aku kene laluinya jua.. Sakit, pedih, derita yang terpaksa aku tanggung sendiri tanpa insan yang bergelar kekasih disisi lagi.. Hanya pada Tuhan tempat aku mengadu.. Sesungguhnya Dia maha mengetahui segala yang berlaku dan akan berlaku.. Semoga Dia mempermudahkan segala urusan.. AMIN..

Thursday, July 29, 2010

Kehidupan ini...

Hidup kita di dunia ni seperti roda.. Kadangkala kita dapat apa yang kita impikan.. Kadangkala kita kehilangan segala2nya.. Itulah kehidupan yang sebenar.. Kebahagiaan dan kesakitan ada di mana2 sahaja.. Apabila kita di ulit kebahagiaan, kita sering terlupa kepada Dia yang ESA.. Tetapi apabila kita berdepan dengan kesedihan, kita menyalahkan Dia.. Patutkah kita begitu???

Wednesday, July 28, 2010

Sebahagian Kesedihan Dapat Menghidupkan Kita dan Sebahagian Lain Dapat Mematikan Kita...

Sebahagian kesedihan dapat melebur dan menghancurkan kita seperti lilin atau menggulung kita seperti gelombang laut..

Sebahagian kesedihan dapat mengeringkan kita bagaikan daun-daun yang berguguran dari pohon..

Sebahagian kesedihan dapat menghancurkan dan meledakkan diri kita seperti gunung menembus permukaan bumi, menerbangkan kita seperti pasir dan menjatuhkan kita seperti hujan..

Sebahagian kesedihan dapat membakar kita bagaikan kayu bakar atau meninggalkan kita seperti kerikil dan membuang kita seperti abu..

Sebahagian kesedihan dapat mematikan lampu-lampu kita, mencuri cahaya yang kita miliki dan meninggalkan kita dalam kegelapan malam..

Sebahagian kesedihan dapat menakut-nakutkan kita seperti hantu, mengikuti kita seperti syaitan dan mengancam kita seperti kematian..

Sebahagian kesedihan dapat mencekik kita, menyempitkan dada, mencuri nafas dan menahan tiupan nafas kita..

Sebahagian kesedihan dapat mematahkan kita seperti dahan, memecahkan kita seperti kaca dan merobohkan kita seperti dinding..

Sebahagian kesedihan dapat menhancurkan akal kita, menghilangkan jati diri kita dan melenyapkan ingatan kita..

Sebahagian kesedihan dapat menipu kita, memalsukan kenyataan, menampakkan fatamorgana dan memberikan kebimbangan tanpa batas..

Sebahagian kesedihan boleh menjadi teman bagi kita, saling berkasih sayang dan ia tidak akan pernah meninggalkan kita selama-lamanya..

Sebahagian kesedihan boleh memberikan manfaat bagi kita, memberikan cahaya yang menerangi jalan, menyelamatkan kita daripada kegalauan fikiran dan menunjukkan kita hakikat yang sebenarnya..

Sebahagian kesedihan dapat membersihkan diri kita daripada kerisauan dan kegundahan serta menyedarkan kita terhadap realiti dan membangun kembali jiwa kita..

Sebahagian kesedihan dapat melahirkan kita kembali ke dunia, memberikan kesempatan dan cara baru bagi kita dalam menempuh kehidupan..

Sebahagian kesedihan dapat merubah dan mengembalikan suasana kita sehingga kita mampu menilai apa yang terjadi pada diri kita sendiri..

Sebahagian kesedihan dapat memenjarakan, menjauhkan kita daripada dunia luar dan menakut-nakutkan kita sehingga diri merasakan seolah-olah tinggal bersendirian..

Sebahagian kesedihan dapat membunuh kita, membekukan perasaan, menghentikan roda kehidupan dan menghilangkan ghairah kita untuk hidup..

Sebahagian kesedihan dapat memperbaiki diri kita, menilai diri dan memanifestasikan kembali peta kehidupan kita..

Kesedihan dapat menunjukkan kekurangan-kekurangan kita dan dalam masa yang sama menampakkan kemampuan kita yang sebenarnya..

Sebahagian kesedihan tidak memiliki rasa dan aroma..

Permulaan Kisah Hidupku..

Assalammualaikum..

Hurm aku adalah aku.. Aku yang sering di uji dengan pelbagai jenis dugaan di dalam hidup yang sementara ini.. Aku hanyalah hamba kepada Allah Yang Maha ESA.. Setiap yang berlaku keatas diriku adalah ketentuan darinya.. Tidak guna untuk aku menyesali, mahu pun menangisinya.. Allah itu Maha Mengetahui segala yang sudah dan bakal terjadi ke atas diriku ini.. Aku hanya perlu redha.. Menadah tangan mengucapkan syukur padamu Ya Allah.. Kau telah mengaturkan hidupku sebaik2nya.. Semoga perjalanan hidupku ini akan mendapat keredhaan dariMu Ya Allah..

AMIN..