Arie ni ari pertama aku menghadiri kelas pengajian al-quran.. Ya Allah banyak gak kesalahan bacaan ku selama ini.. Terasa diri ini terlalu kecil jika nak dibandingkan rakan2 ku yang lain.. Aku terpesona mendengar alunan suara mereka ketika mengaji.. Aku juga ingin begitu.. Apa yang perlu sekarang ini, aku dalami ilmu yang diajar Ustazah Sharifah itu.. Semua orang boleh membaca al-quran tetapi betulkah bacaan mereka itu??? Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui.. Tidak rugi kita belajar mengaji walaupun usia semakin meningkat dewasa.. Semakin dewasa semakin lupalah kita kepada asal usul kita.. Bulan Ramadhan juga semakin menghampiri kita.. Bulan yang penuh dengan kemuliaan.. Bulan yang seharusnya kita penuhi dengan pelbagai amalan2.. Bacalah al-quran kerana terlalu banyak kelebihannya..
No comments:
Post a Comment